Tumpuan Johor International Boxing Championhsip (JIBC) terarah kepada perlawanan utama antara Farkhan Haron dan Jaskaran Singh.
'The Last Dance' untuk petinju tersebut dengan rekod tanpa kalah bakal terjawab dalam aksi yang dijangka sengit esok.
Bertemu petinju dari India, Jaskaran, Farkhan memburu rekod tanpa kalah dalam penampilan terakhir sebagai petinju profesional.
Membawa rekod 12 kemenangan, Farkhan sudah pasti mahukan penamat terindah dalam kariernya.
"Lawan saya memiliki kelebihan daripada segi fizikal, namun saya akan mengikut perancangan yang ditetapkan bagi perlawanan terakhir saya," katanya menerusi Nadi Weekend.
"Ini perlawanan terakhir saya, ini hidup mati saya. Saya akan memastikan tali pinggang gelaran saya akan kekal di Malaysia."