Skip to main content

Sukan Lain

JIBC: Kilatboy sedia banggakan orang Sarawak!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kilatboy.jpg
'Agi Idup Agi Ngelaban!'

Demikian lontaran semangat yang dilaungkan petinju negara, Daeloniel Mcdelon, yang akan menghadapi cabaran dari Filipina, Prince Andrew Laurio, dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC), malam ini.

Petinju kebangsaan yang diberi julukan 'Kilatboy' itu mengakui berada dalam keadaan tenang dan berhasrat untuk mencatatkan kemenangan kesembilan dalam kariernya sebagai atlet profesional.

Meskipun lawannya mempunyai kelebihan daripada segi ketinggian, namun ia tidak mematahkan api perjuangan petinju kebanggaan Sarawak itu.


 
"Setakat ini, Alhamdulillah.

"Semua persiapan berjalan lancar. Mental juga sudah bersedia sepenuhnya. 

"Meskipun dua jurulatih saya tidak hadir, namun ayah saya tetap berada di samping saya untuk memberi sokongan dan motivasi.

"Ramai penonton dari Sarawak juga datang untuk menyaksikan saya," katanya ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
 

Advertisement

Must Watch Video