Skip to main content

Sukan Lain

JIBC: Kecanggihan fasiliti JDT bantu Farkhan Haron tutup karier dengan rekod bersih!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

farkhan.jpg
Peninju profesional negara, Farkhan Haron, berkongsikan cabaran yang terpaksa dihadapinya sebelum berhempas pulas menumbangkan peninju India, Jaskaran Singh, secara Technikal Knockout (TKO), baru-baru ini.

Dia turut menjelaskan mengalami kecederaan putus tendon tangan kirinya pada Disember lalu sebelum bertarung  dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) yang juga merupakan perlawanan terakhir sepanjang 25 tahun kariernya itu.

Farkhan terpaksa mendapatkan rawatan di Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang terkenal dengan kecanggihan fasiliti bertaraf antarabangsa itu bagi pemulihan kecederaannya itu.

"Semasa sidang media dia memang ada lakukan provokasi untuk tumbangkan saya tetapi saya tidak layan kerana saya mahu buktikan di atas gelanggang.






"Kelebihan saya adalah daripada segi kelajuan kerana saya bermula daripada kategori 54kg hingga 100kg, jadi saya rasa kombinasi itu menewaskan Jaskaran.

"25 tahun jadi ia mematangkan saya, saya cuma bertenang memandangkan ini adalah pertarungan terakhir saya.

"Daripada segi fizikal memang berbeza, saya melakukan debut secara profesional pada kategori 79kg, cuma apabila sudah menang saya naikkan (berat) ke 89kg, saya beranikan diri untuk mencabar lawan yang lebih besar.

"Hari ketiga saya makan guna straw, kerana rahang saya bengkak kerana perlawanan. Tetapi ketika itu tangan saya dalam keadaan baik, ramai tidak tahu tangan saya putus tendon pada Disember, dan dapatkan rawatan di pusat Latihan JDT, doktor turut maklumkan tidak akan pulih 100% sebelum aksi itu.

"Pusingan kedua, apabila saya tumbuk meletup tangan saya dan tendon pecah semula. Saya cuma fokus, bertahan dan guna tangan kanan." katanya.

Untuk rekod, Farkhan menamatkan kariernya dengan 13 kemenangan tanpa sebarang kekalahan dengan 12 daripadanya merupakan kemenangan KO.

Advertisement

Must Watch Video