Skip to main content

Sukan Lain

JIBC: Hari ini saya nak makan sedap untuk naikkan 10kg lagi dan bantai mamat ini esok -- Farkhan Haron

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

farkhan-haron.jpg
Selepas berhempas-pulas menurunkan hampir 30kg, Farkhan Haron, bertekad menggantung sarung tinjunya dengan reputasi sebagai juara tidak terkalah. 

Farkhan yang memegang rekod 12-0 akan berdepan pencabar dari India, Jaskaran Singh, dalam Johor International Boxing Championship (JIBC) bagi perebutan gelaran WBC Bridgerweight.

Dalam sesi 'weight in' di Paragon Hotel sebentar tadi, Jaskaran mengeluarkan ancaman untuk menumbangkan lawannya di depan penyokong sendiri dalam pusingan awal. 

"Walaupun dia mempunyai rekod 12-0 saya tidak takut. Saya akan tumbangkannya dalam pusingan ketiga atau keempat. 

"Saya sudah menyaksikan pertarungannya dan dia bukan berada di tahap tertinggi. 

"Saya jamin dapat menumbangkan dalam pusingan ketiga atau keempat," katanya. 

Bagaimanapun, Farkhan bingkas mempersoalkan tahap keyakinan pencabarnya itu dengan berkata: "Apa yang penting adalah fikiran dan hati. saya akan berikan 100 peratus. 




"Kami akan bertarung dalam pusingan 10. Kami akan berlawan selangkah demi selangkah, saya akan tamatkan 10 pusingan kalau ia sampai ke peringkat itu. 

"Kita akan tengok nanti siapakah peninju lebih handal."

Sebaik beralih ke bridgerweight, peninju berusia 36 tahun itu berjaya mengetepikan Yusof Manvandi dari Iran pada 2022 dan percaya kali ini dia berada di tahap lebih baik.

"Saya memulakan karier tinju dalam light heavyweight, 79 kg, menang dalam cruiserweight pula dan naik lagi ke kategori 101kg untuk dapatkan cabaran yang lebih besar. 

"Ini adalah perlawanan kedua dalam bridgerweight. Saya akan berjumpa lawan yang lebih besar yang berkelebihan daripada segi fizikal dan jangkauan. 

"Tetapi hari ini saya rasa berada dalam keadaan lebih baik. Dalam pertarungan pertama bridgerweight membabitkan saya pada 2022, ibu saya meninggal dunia -- tiga hari sebelum merebut gelaran WBC Bridgerweight.

"Kali ini saya menjalani persiapan yang sangat baik. Kalau dia nak beri saya KO (knock out), keputusan mungkin akan terbalik. Saya rasa dia yang akan tergelincir. 

"Hari ini saya akan pastikan makanan yang sedap dan baik untuk naikkan 10kg lagi untuk pastikan saya bantai mamat ini esok," katanya lagi. 

Tiket kejohanan hanya berbaki 1,000 dan peminat boleh mendapatkannya di sini.


 

Advertisement

Must Watch Video