Skip to main content

Sukan Lain

JIBC: Azri Walter tolong potong jambang -- penyokong Ijam '50 Caliber' Asri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azri-walter-celup.jpg
Seorang penyokong sukan tinju negara mencuri tumpuan menjelang Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) malam ini kerana memiliki paras yang seiras dengan pempengaruh media sosial, Azri Walter.

Dalam tinjauan yang dilakukan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, di perkarangan Arena Larkin, Johor Bahru sebentar tadi, penyokong berkenaan berkata dia datang untuk memberikan sokongan buat peninju kategori heavyweight, Ijam '50 caliber' Asri.

"Ada sahabat saya di sini, Ijam 50 caliber. Saya memang mengikuti perkembangannya sejak dari zaman kami belajar, dari silat, MMA sehinggalah kini dia menyertai sukan tinju.

"Saya berada di sini kerananya dan atas semangat kesukanan," katanya.

Ditanya mengenai parasnya yang seiras Azri Walter, dia berkata: "Saya sedar kerana selalu juga orang berkata mengenainya.

"Kepada Azri Walter, abang buang jelah jambang, senang, biar saya seorang sahaja simpan jambang."

Advertisement

Must Watch Video