TINJU
JIBC: Ahmed 'Machine Gun' Wafi gembira peroleh persiapan terbaik
Peninju profesional negara, Ahmed Wafi Abdul Rashid, mengakui lega apabila persiapannya menuju ke pertarungan Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2025 pada Ahad ini berjalan lancar seperti yang diharapkan.
Peninju dengan gelaran 'Machine Gun' itu bakal bertemu lawan dari Johor, Shah Khan, dan matlamatnya hanyalah satu, iaitu untuk keluar dari gelanggang itu selaku pemenang kategori B-80 kg meskipun sedar lawannya juga memiliki kekuatan dan misi tersendiri.
Untuk rekod, ia merupakan pentas pertama buat peninju kelahiran Danau Kota, Kuala Lumpur itu dalam JIBC selain pertarungan profesional kedua dalam kariernya sejak 2023.
Iklan
"Alhamdulillah, saya dapat tahu siapa lawan saya sejak November tahun lalu dan sebelum itu juga, saya sudah mula berlatih di gimnasium setiap hari ," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Persiapan saya baik-baik sahaja dan kini hanya tinggal lima hari lagi menuju ke hari pertarungan, jadi saya hanya mahu melalui pertarungan ini.
"Secara jujurnya, saya tidak dapat melihat banyak rakaman pertarungannya, hanya ada satu sahaja yang saya pernah lihat.
"Saya rasa dia seorang petarung yang bagus dan dia juga amat berpengalaman.
"Tetapi seperti yang anda tahu, setiap perlawanan peluangnya 50-50 kerana dalam sukan tinju, apa-apa sahaja boleh berlaku.
"Bagaimanapun, saya yakin 100 peratus mampu memenangi pertarungan ini," katanya.
Dapatkan tiket anda di sini.
Must-Watch Video