Skip to main content

Sukan Asia

Jet ski: Permulaan kurang baik buat skuad negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nizar.jpg
Permulaan hari pertama yang kurang baik buat skuad jet ski negara apabila berhadapan masalah tertinggal barang melibatkan kelengkapan atlet sehingga proses ketibaan memakan masa sehingga enam jam.

Disebabkan masalah itu, skuad jet ski negara terpaksa menunggu sehingga ketibaan barang mereka sebelum pulang ke perkampungan atlet.

Proses itu mengambil masa yang panjang kerana terpaksa menunggu ketibaan pesawat seterusnya daripada Malaysia Airlines.

"Ada barang akan sampai sejam lagi. Jadi, kami tunggulah. Ada peralatan yang kami terpaksa tinggalkan kerana terlebih berat," kata pengurus skuad negara, Nizar Omar, yang telah melakukan tinjauan sekitar venue perlawanan di Mecure Hotel Anchol, bulan lalu.

Ada kebimbangan disuarakan Nizar merujuk kepada laluan air yang kotor dan bersampah yang mungkin akan memberi kerosakan kepada enjin jet ski selain mendatangkan bahaya kepada atlet.

"Saya ke sana sebelum ini untuk membuat ujian kawasan dan laluannya. Memang banyak sampah, termasuk kayu. Jadi, ini adalah halangan yang pelumba bakal hadapi.

"Saya berharap kawasan itu, biarlah bersih. Saya jumpa plastik, saya jumpa tali, saya jumpa balak," katanya lagi.

Sementara itu, seramai 113 atlet dan pegawai telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta hari ini.

Antara yang sudah tiba termasuk atlet daripada sukan memanah, hoki, badminton dan renang.

Keseluruhan atlet berada dalam keadaan yang baik dan kelihatan bersedia dengan tugasan dan tanggungjawab yang sedang digalas dalam saingan Sukan Asia kali ini.

Ketibaan mereka turut disambut oleh Chef-de-Mission (CDM) kontijen negara, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

Advertisement

Must Watch Video