Kebangkitan ketika lewat saingan tidak memadai buat atlet jet ski negara, Saifullah Al Aziz Nazar, apabila menamatkan perlumbaan Runabout 1100 Stock (Moto 4) di kedudukan keenam keseluruhan.
Runabout 1100 Stock (Moto 4) memasuki perlumbaan keempat tatkala Saifullah memulakan cabaran pada kedudukan keenam menerusi kutipan 99 mata hasil daripada tiga perlumbaan.
Justeru, dia perlu sekurang-kurangnya menamatkan perlumbaan keempat itu sekiranya ingin mengintai peluang memburu kedudukan podium.
Dia mempunyai permulaan yang baik apabila menempatkan diri dalam kelompok lima pelumba yang diterajui Phadit Buree dari Thailand.
Walaupun cuba merapatkan jurang dengan pelumba di depannya, Saifullah terpaksa berpuas hati di kedudukan berkenaan selepas tamat empat pusingan.
Seorang lagi wakil negara, Tee Chen Jet, pula menamatkan saingan di tangga kelapan keseluruhan dan perlumbaan keseluruhan dimenangi Buree yang mengumpul kutipan maksimum 240 mata, diikuti rakan senegaranya, Attapon Kunsa, di tangga kedua.
Pingat gangsa menjadi milik wakil Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Khalid Almaazmi.
"Dalam pusingan terakhir, saya mengalami kemalangan kecil tetapi tiada apa yang berlaku. Sepanjang perlumbaan, saya dapat mengekalkan kedudukan.
"Saya tidak patah semangat dan terus mengejar sehingga tamat saingan," kata Saifullah.