Skip to main content

Tenis

Jessica Pegula di landasan tepat cetak hatrik Tenis Terbuka Kanada

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pegula_rg19_(23)_(48199119221).jpg
Pemain Amerika Syarikat, Jessica Pegula, meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga Terbuka Kanada selepas mudah membenam cabaran Maria Sakkari dalam aksi straight set 7-5, 6-4.

Pegula yang juga juara bertahan dua kali berturut-turut di Terbuka Kanada memulakan aksi dengan diasak sepenuhnya Sakkari, namun kecekapan serta kawalan gelanggang yang baik membolehkan Pegula merampas set pertama.

Dalam set kedua, Pegula mengatur strategi yang lebih ampuh serta serangan yang lebih mantap, sekali gus mudah menghentikan perjalanan Maria Sakkari dalam pusingan kedua.

Selepas ini, Jessica Pegula akan bertemu pemain dari Latvia, Anastasija Sevastova dalam pusingan ketiga pada Sabtu ini.

Advertisement

Must Watch Video