Skip to main content

Sukan Lain

Jern Rong padam hasrat bersara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jern-rong.jpg
Gimnas lelaki negara, Chau Jern Rong, membatalkan hasrat untuk bersara di sebalik kecederaan lutut serius sambil mahu melaksanakan impian untuk menutup kerjaya dengan pingat emas Sukan SEA 2021.

Prospek emas Sukan SEA Filipina 2019 menerusi acara palang tunggal itu mengalami kecederaan serius lutut kanan dua minggu lalu.

Bagaimanapun, gimnas terbaik Selangor itu berasakan persaraan bukan pendekatan terbaik ketika usia masih memihaknya.

Aspirasi atlet berusia 22 tahun itu adalah untuk menempatkan diri sekali lagi sebagai prospek emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 serta penampilan dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2022.

"Tahun 2019 tidak sempurna buat saya kerana mengalami kecederaan. Untuk tahun ini, saya masih berada dalam skuad dan akan melakukan yang terbaik," katanya.

"Anda tidak boleh bersara tanpa memiliki apa-apa. Saya memerlukan sesuatu untuk bersara. Sekarang saya sedang dalam proses pemulihan dan ia memerlukan beberapa bulan."




Editor: Nafis Abdullah
 

Advertisement

Must Watch Video