Johor Motorsports Racing (JMR) yang ditunjangi oleh Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Sultan Ibrahim mengumumkan syarikat automotif antarabangsa, Chevrolet, sebagai rakan pengeluar jentera baru bagi musim 2025.
Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim turut memandu kereta berpotensi tinggi mengharungi kejohanan, sekali gus menyaksikan JMR menjadi pasukan pertama menggunakan jenama itu musim ini.
"Saya sangat teruja untuk mulakan musim dengan jentera baharu ini. Lebih istimewa, kami akan turun berlumba dengan dua jentera Corvette Z06 serentak musim ini.
"Harapnya ini jadi permulaan kepada kerjasama jangka panjang,” titahnya.
Sejak penampilan sulung mereka pada 2019, JMR bekerjasama dengan entiti kejuruteraan, Triple Eight, dan Mercedes AMG untuk cemerlang merangkul tiga gelaran juara serta mencetak 53 kali kedudukan podium.
Tahun paling cemerlang JMR adalah pada 2022 di mana mereka memenangi kejuaraan GT Cabaran Dunia Berpasukan Asia dan Pro Am selain GT Endurans Australia.