MOTOGP

Jentera RNF Racing bakal dikemudi Oliviera, Fernandez

Ammar Hakim 01/09/2022 | 10:34 MYT
Prinsipal RNF Racing MotoGP Team, Datuk Razlan Razali, mengumumkan pelumba baru untuk musim 2023/2024 yang bertukar dari jentera Yamaha ke Aprilia.
Razlan berkongsi bahawa RNF telah menandatangi pelumba Miguel Oliviera dan Raul Fernandez.
Setakat ini, Oliviera berjaya mencatat sebanyak empat kemenangan dan dua podium manakala Fernandez merupakan bekas juara CEV Moto3 2018 dan mempunyai sebanyak lapan kemenangan dan dan 12 podium dalam saingan MotoGP.
#motoGP #Miguel Oliviera #RNF Racing Team
;