SUKAN LAIN

Jemputan Antarabangsa China: Skuad ping pong wajar dipuji

Penulis Jemputan 28/05/2019 | 05:12 MYT
Skuad ping pong negara wajar diberikan pujian meskipun tewas 2-3 kepada China dalam Kejohanan Jemputan Antarabangsa di China kelmarin memandangkan mereka menurunkan skuad yang baru dibentuk.
Dalam kejohanan di Chengdu itu, Malaysia, yang menggandingkan pemain senior dengan pemain muda, memaparkan aksi bertenaga untuk menewaskan Poland dalam perlawanan pertama.
Bagaimanapun, kemaraan itu terhenti apabila skuad negara tewas kepada China dalam suku akhir.
Walaupun tewas, tonggak negara, Ashraf Haikal Rizal, tetap berbangga dengan prestasi pasukannya selepas mengheret China ke game penentuan.
"Kami membawa dua pemain senior dan dua pemain muda.
"Prestasi keseluruhan pemain amat bagus, cuma kami kekurangan pengalaman.
"Kami bersaing hebat dengan bekas pemain kebangsaan China.
"Ia menunjukkan prestasi kami boleh pergi lebih jauh," katanya.
;