BERBASIKAL
Jelajah Thailand 2025: Bangkit daripada insiden, Hariss Saleh berjaya naik podium
Penantian podium akhirnya tercapai untuk pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Hariff Saleh, selepas menamatkan peringkat kelima di tempat ketiga dalam Perlumbaan Jelajah Thailand.
Dengan profil laluan yang lebih landai, namun tidak begitu curam, Hariff mampu meletakkan dirirnya dalam kelompok hadapan peloton, sekali gus mencuri peluang untuk melakukan pecutan terakhir.
Kesempatan itu diambil oleh Hariff yang melakukan henjutan pada 500 meter (m) terakhir bersama lima pelumba lain sebelum berjaya melintasi penamat sebagai pelumba ketiga terbaik.
"Syukur Alhamdulillah kepada rakan sepasukan hari ini yang menyaksikan saya berada di hadapan.
"Perlumbaan sangat pantas. Mungkin, saya sedikit terlewat untuk mengejar kedudukan terawal, tetapi tetap berterima kasih untuk tempat ketiga.
"Selepas insiden tempoh hari, saya cepat memperbaiki prestasi untuk mencuba yang terbaik pada masa akan datang," katanya di Nadi Arena.