Skip to main content

Sukan Lain

Jelajah Semenanjung: TSC sasar jersi kuning

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tsc.jpg
Team Sapura Cycling (TSC) optimis mampu meraih jersi kuning dalam perlumbaan Jelajah Semenanjung bulan depan dengan menjalani persiapan di Iran bermula 2 Oktober ini.

Selepas menempa nama di pentas antarabangsa dan tempatan, pasukan itu menyasarkan jersi kuning dalam perlumbaan sejauh 850.7 kilometer itu.

Untuk itu, mereka akan menyertai perlumbaan Jelajah Iran yang mirip dengan saingan Jelajah Semenanjung.

"Mungkin pasukan kami akan menyasarkan jersi kuning kerana dalam Le Tour de Langkawi sebelum ini, kami meletakkan sasaran yang sama.

"Jadi, dalam Jelajah Semenanjung, kami akan cuba untuk memenangi setiap peringkat dan jersi kuning," kata pelumba TSC, Shaiful Adlan Sukri 

Rakan sepasukannya, Nur Aiman Zariff, menambah: "Jalan (perlumbaan) di Iran itu juga amat sukar dengan jalan yang berbukit.

"Jadi, kami boleh mencari pengalaman dan belajar sesuatu di sana menjelang Jelajah Semenanjung.

"Jelajah Semenanjung boleh tahan juga cabarannya dan ia di tempat kami sendiri," katanya.

Advertisement

Must Watch Video