BERBASIKAL
Jelajah Malaysia 2017: Noraidiazhar jamin wang kemenangan akan diselesai
Ketua Pegawai Eksekutif, Jelajah Malaysia 2017, Noraidiazhar Sulaiman, memberi jaminan wang hadiah kemenangan berjumlah RM166,000 akan diselesaikan sebelum Ahad ini.
"Pihak LifeProFit Sdn Bhd (pengurus acara) ada mendapat peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM500,000. Saya rasa daripada duit peruntukan yang diberikan itu, pihak LifeProFit akan menjelaskan kepada pemenang dan kontraktor yang terlibat," katanya.
Jelas Noraidiazhar, tempoh bayaran itu masih lagi menepati perjanjian yang dipersetujui bersama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Iklan
"Duit kemenangan itu akan dijelaskan secepat mungkin. Berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui dengan pihak persatuan berbasikal Malaysia, ia adalah selama tiga bulan. Kalau ikutkan dengan tarikh hari ini, mungkin empat, lima hari lagi perkara ini akan dijelaskan," tambahnya.
Keputusan Jelajah Malaysia 2017 menyaksikan Team Sapura Cycling (TSC) muncul Pasukan Terbaik selepas dua pelumba mereka, Wilmar Jahir Perez Munoz dan Zawawi Azman, masing-masing dinobat Raja Bukit dan Pelumba Terbaik Negara.
Sementara itu, Brendon Davids dari pasukan Oliver's Real Food Racing (OLI) dinobat Juara Kesuluruhan dan pelumba Terengganu Cycling Team (TSC), Nur Amirul Fakhruddin Marzuki, meraih Raja Pecut dan Ryan Thomas (OLI) muncul Pelumba Muda Terbaik.
Penganjuran yang diuruskan LifeProFit buat kali pertama itu membabitkan saingan lima peringkat perlumbaan yang bermula di Shah Alam dan berakhir di Alor Setar sejauh 682.80 kilometer.
Must-Watch Video