GOLF
Jelajah Golf Toyota Piala Hilux: Geraldine Wong muncul juara pada hari terakhir
Dalam saingan wanita Kejohanan Jelajah Golf Toyota Piala Hilux menyaksikan Geraldine Wong dinobatkan juara selepas melakukan 227 pukulan dengan 11 melebihi par, sekaligus menidakkan cabaran Aretha Pan dengan jurang perbezaan 7 pukulan.
Bagaimanapun, Geraldine yang cemerlang dalam saingan kali ini turut meluah kesukaran selepas pukulannya gagal memasuki kawasan 'Green' dalam dua saingan awal.
Kemenangan kedua di jelajah Golf Toyota tahun ini jelas menjadi suntikan motivasi buat Geraldine yang akan fokus terhadap Piala Supra di Johor dan kejohanan LPGA Maybank pada Oktober depan.
Iklan
"Saya rasa hari pertama saya sedikit bergelut untuk memasuki kawasan 'Hijau'. kerana permukaan yang agak jauh dan lembab, jadi saya tidak dapat rentak untuk melakukan pukulan cip dengan baik.
"Kejohanan seterusnya di Johor, kemudian pada bulan seterusnya adalah saingan LGPA Maybank jadi saya berharap dapat melayakkan diri ke saingan itu pada penghujung tahun nanti." katanya kepada Nadi Arena.
Must-Watch Video