Low Zi Yu merangkul gelaran juara berganda dalam Kejohanan AFFIN-100PLUS Junior Elit Tour (JET) Final 2025 menerusi acara perseorangan dan beregu kategori B-16 di Dewan Persatuan Badminton Kelantan, Kota Bharu, hari ini.
Pemain berusia 15 tahun kelahiran Segamat, Johor itu dinobatkan juara perseorangan wanita B-15 selepas menewaskan wakil Selangor, Kiera Wong Tin Xuen, 21-5,21-19, dalam pertembungan yang berlangsung hampir setengah jam itu.
Satu lagi gelaran adalah menerusi gandingannya bersama Auni Fatihin Azuan juga melalui kemenangan straight set, 21-15,21-13, menewaskan lawan dari Pulau Pinang, R.Loshini-Leong Hwee Ling.

Dalam pada itu, wakil Pulau Pinang, Lim Zheng Jie, merangkul gelaran acara perseorangan lelaki B-16 selepas menewaskan Leong Di Shan dari Perak.
Malah, wakil dari Melaka, Ahmad Qaid Darwisy Ahmad Fuad-Syed Harraz Muzir, pula mendominasi kategori beregu lelaki B-16 dengan menewaskan wakil tuan rumah, Khashah Khairul Azlan-Hazwan Muhammad Hafiq Najwan, 21-17,21-13.