Skip to main content

Sukan Lain

Jelajah Asia UCI: Terengganu Cycling Team pertahan gelaran empat tahun berturut-turut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terenggnau.jpg
Terengganu Cycling Team (TCT) mencipta sensasi apabila mempertahankan gelaran dalam saingan Jelajah Asia UCI 2024  buat kali keempat berturut-turut di Singapura, semalam sekali gus bergelar pasukan nombor satu ranking di Asia secara keseluruhan.

Kemenangan itu memastikan gelaran keenam buat pasukan itu dengan kali pertama muncul juara adalah pada 2012.

Malah, TCT juga menjuarai jelajah itu pada 2019, 2021, 2022, 2023 dan tahun ini.




Pasukan itu turut dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Benua di Dunia untuk berada di kedudukan ke-30 daripada 178 pasukan dengan mengumpul 1879.33 mata secara keseluruhan mengatasi pencabar terdekat dari Asia iaitu Jepun dan Thailand.

Advertisement

Must Watch Video