BERITA SUKAN AM

Jefri Ngadirin dilantik Ketua Pengarah MSN ke-10

Stadium Astro
Hanis Natasya Lizam
21/03/2025
12:09 MYT
Sponsor Banner
Jefri Ngadirin dilantik Ketua Pengarah MSN ke-10
Majlis Sukan Negara (MSN) secara rasmi mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai Ketua Pengarah MSN ke-10, menggantikan Abdul Rashid Yaakub yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada 3 April ini.
Pengumuman tersebut dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Jefri bukanlah nama asing dalam dunia sukan tanah air.
Dia telah berkhidmat bersama MSN sejak tahun 1993 sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) tahun lalu.
"Saya rasa Encik Rashid adalah seorang pemimpin hebat.
"Cara dia menguruskan MSN dan memimpin kami amat saya hormati.
"Saya bersyukur dapat mencapai kejayaan di bawah kepimpinannya dan pasti akan merinduinya.
"Pada masa yang sama, saya juga yakin dengan Encik Jefri kerana saya sudah mengenalinya sejak zaman saya sebagai atlet muda.
"Dengan pengalaman yang dia miliki, saya yakin MSN akan terus maju di bawah kepimpinannya," kata Alia Sazana Azahari.
"Alhamdulillah, Encik Rashid banyak membantu dalam pembangunan sukan, terutama dalam program penembak negara.
"Kami menerima banyak maklum balas positif mengenai kepimpinannya.
"Pada masa yang sama, tahniah kepada Encik Jefri atas pelantikannya.
"Dengan pengalaman lebih dari tiga dekad dalam bidang ini, kami yakin dan mengalu-alukan kepimpinan dia untuk terus meningkatkan prestasi sukan negara ke tahap lebih tinggi," kata Muhammad Zubair Mohammad.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video