Skip to main content

Sukan

JBSN terus aktif jayakan program belia sepanjang minggu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jbsn.jpg
Apa aktiviti anda minggu ini?

Jika anda tertanya-tanya, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) tampil berkongsi pelbagai pengisian menarik yang telah dilaksanakan sepanjang minggu ini sebagai bukti komitmen jabatan dalam mendekati golongan belia melalui program belia,sukan dan rakan muda.

Melalui perkongsian di platform media sosial rasmi JBSN seperti Instagram, Facebook dan X (Twitter), masyarakat dapat mengikuti secara dekat pelbagai program, aktiviti serta inisiatif yang digerakkan demi memperkukuh semangat belia ke arah Malaysia MADANI.




Dengan slogan “Yakin Boleh, JBSN Komited”, jabatan ini menegaskan keazaman untuk terus mendukung aspirasi belia melalui program yang inklusif, progresif serta seiring dengan hala tuju Rakan Muda dan Generasi Sihat Fizikal (GSF).

Langkah ini sekali gus membuktikan JBSN sentiasa relevan dalam mendekati komuniti belia dengan pendekatan kreatif serta komunikasi dua hala, selari dengan trend media baharu.
Supplement

Untuk Tenaga Maksima

Vitamin C Berocca ini bantu badan anda lebih cergas dan bertenaga untuk aktiviti-aktiviti luar.


Cuba Vitamin C Ini

Advertisement

Must Watch Video