PERMOTORAN
Jazeman raih tempat ketiga di Monza
Juara Formula BMW Asia 2007, Jazeman Jaafar, kini menikmati peranan selaku pemandu simpanan serta bahagian pembangunan pasukan Jota Sport.
Dalam perbualannya bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, Jazeman berkongsi keterujaannya juga bertindak sebagai mentor kepada empat jurutera muda negara.
Ini merupakan tahun ke-12 Jazeman mewakili negara secara kompetitif di peringkat antarabangsa dan dia berbangga jurutera negara diberikan penghormatan dalam selepas meraih kedudukan ketiga dalam kelas 'LMP2' perlumbaan empat jam di Monza, Itali.
Iklan
"Saya telah berpeluang berlumba bersama pasukan Jota Sport dalam perlumbaan sebelum ini dan berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga," kata Jazeman.
"Bersama pasukan ini, kami sedang berusaha bersama pasukan mengejar lebih banyak gelaran selepas ini.
"Ketika ini, saya dalam program pembangunan jurutera dan terdapat empat jurutera negara dalam meraih pengalaman bersama pasukan saya."
Must-Watch Video