Atlet taekwando poomsae negara, Jason Loo, menyasarkan podium bagi kategori perseorangan dan trio lelaki dalam Kejohanan Taekwando Asia G-4 di Vietnam yang akan bermula 21 Mei depan.
Begitupun, dia menganggap ketiadaaan rakan seperjuangannya, Hidayah Abdul Karim, dalam kategori campuran selepas mengumumkan persaraannya sebelum ini merupakan hak peribadi setiap atlet dan menerima dengan positif keputusan berkenaan.
Dia kini mengakui memiliki persefahaman yang baik meskipun digandingkan bersama atlet pelapis, Chin Ken Haw dan Randy Owen yang sedang meningkat naik.
Kejayaan terbaru trio itu adalah pada Kejohanan Terbuka Kanada, selepas berjaya merangkul emas dangan kutipan 8,449 mata meninggalkan pencabar utama dari Amerika Syarikat, bulan lalu.
"Kini kami dalam fasa untuk mempersiapkan diri ke kejohanan Asia di Vietnam pada Mei nanti sebelum cabaran sebenar pada kejohanan dunia di Hong Kong.
"Jurulatih nampak kami ada peluang besar untuk merangkul pingat dalam kejohanan Asia itu dan kini kami dalam latihan dengan intensiti yang tinggi.
"Saya percaya dalam kejohanan akan datang nanti kami akan bersedia sepenuhnya dengan sasaran mendapatkan podium." katanya.