SUKAN LAIN

Jasamu dalam kenangan CDM Sukan Olimpik 2012 Tun Ahmad Sarji

Shaiful Shamsudin 28/08/2021 | 12:40 MYT
Dunia sukan menerima khabar sedih dengan berita pemergian Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, 82, awal pagi tadi.
Beliau merupakan bekas chef-de-mission (CDM) negara dalam Sukan Olimpik London 2012, bekas presiden Persatuan Boling Padang Malaysia serta presiden Persatuan Golf Malaysia (PGM) sejak 2010.
Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, melalui catatan di akaun Facebook miliknya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 1.40 pagi tadi.
Beliau meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak juga merupakan kehilangan besar buat negara melalui jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini.
Keluarga Tun Ahmad Sarji juga mengesahkan Allahyarham disahkan bebas COVID-19.
Sebelum ini, Allahyarham menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras kerana komplikasi pandemik berkenaan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
;