Pemain tengah skuad hoki wanita negara, Fazilla Sylvester Silin, tidak sabar turun ke padang untuk mempamerkan aksi lebih berani dengan corak menyerang yang ditekankan jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, sejak 18 bulan lalu.
Sebelum kehadiran Dhaarma, skuad itu begitu ragu-ragu ketika bermain dalam mana-mana kejohanan.
Keadaan itu diperbetulkan Dhaarma dan pemain senior di bahagian tengah pasukan, Fazzila, sudah tidak sabar untuk memperagakan gaya lebih berani dalam separuh akhir Liga Hoki Dunia, bermula malam ini.
"Di bawah Dhaarma, kami mula bermain menyerang dengan berani. Cabar sahaja, orang kata 'langgar' sahaja. Jangan takut," katanya.
Bertemu Australia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Fazila tidak mahu cepat mengalah walaupun menyedari kekuatan yang dimiliki pasukan di ranking keempat dunia itu.
Selama 10 tahun bersama pasukan, Fazzila menganggap penampilannya sudah cukup matang untuk muncul selaku tulang belakang pasukan bagi mencipta persepsi pasukan Malaysia kini bukan Malaysia yang dulu.
"Kalau sebelum ini kami hanya dikenali pasukan yang lebih bertahan tetapi kini tidak lagi. Kami akan memberi tekanan dan menyerang kubu lawan," tambahnya.
Skuad wanita negara akan memulakan kempen peringkat kumpulan dengan bertemu Australia, jam 10 malam ini.