Sharmendran sah tinggalkan dunia karate sebagai atlet paling berjaya dalam sukan Karate dengan rekod empat emas di temasya Sukan SEA.

Menerusi makluman wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, perkara ini disahkan oleh Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad, ketika mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) sukan karate sebentar tadi.

Menerusi Nadi Arena pada jam 7.30 malam pada Khamis (21 Disember), Sharmendran bakal hadir untuk menyampaikan kata-kata akhir kepada peminat sukan tanah air.