Skip to main content

Sukan Lain

Jangan berdiam diri -- Muslifah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muslifah.jpg
Bekas penembak negara, Muslifah Zulkifli, meminta atlet kebangsaan tidak berdiam diri jika dianiaya selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk mengemukakan saman terhadap Institut Sukan Negara (ISN).

Penantian dua tahunnya mula membuahkan hasil apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Muslifah, Nur Ayuni Farhana Abd Halim dan Nur Suryani Mohamed Taibi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk menyaman ISN selepas digugurkan daripada Program Podium pada 2017.

Ini kes pertama atlet berjaya mengheret ISN ke mahkamah membabitkan isu kontrak.

"Terdapat atlet yang ditindas tetapi suara mereka tidak didengari. Ini merupakan perjuangan buat atlet-atlet lain juga," kata Muslifah.

"Perkara ini amat mengecewakan kerana sehingga hari ini, saya tidak memiliki sebarang pekerjaan. Saya meletakkan harapan yang tinggi dalam kes ini," kata Nur Ayuni.

Mereka digugurkan daripada Program Podium pada Februari 2017 atas alasan prestasi tidak menyerlah.

Ia mengecewakan kerana  ketika itu mereka sedang membuat persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur.

Namun, peguam mereka masih terbuka untuk perbincangan di luar mahkamah.

"Pihak kami masih terbuka untuk berbincang dengan lebih lanjut," kata peguam tiga penembak berkenaan, Mohd Azlan Mashod.

Advertisement

Must Watch Video