LeBron James membandingkan pencapaiannya bersama Los Angeles Lakers kepada kejayaan awal Tom Brady bersama Tampa Bay Buccaneers ketika pemain berstatus legenda itu membuat persiapan untuk membuat penampilan dalam saingan Super Bowl.
James, empat kali bergelar juara dan Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam NBA, memimpin Lakers untuk menjulang gelaran pada musim keduanya di LA.
Sementara Brady pula, yang berada dalam tahun pertama di Tampa Bay, selepas menamatkan karier yang cemerlang bersama New England Patriots, telah membawa Bucs kepada perlawanan paling penting bertemu Kansas City Chiefs.
James mencecah 36 tahun bulan lalu dan masih lagi merekodkan secara purata 25.2 mata setiap perlawanan bagi musim 2020-21, rekod yang tidak pernah turun sejak tahun awalnya pada 2003-04.
Bagi Brady pula -- MVP tiga kali dan mengejar kejuaraan buat kali ketujuh -- kini sudah berusia 43 tahun namun masih lagi menamatkan musim dengan 40 touchdown, kedua terbaik dalam kariernya.
Kedua-dua pemain tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dan James ditanya semalam apa yang dia menghasilkan kecemerlangan yang berterusan.
"Sukar untuk menyatakan tetapi saya dan Brady, kami masih lagi bermain di tahap yang paling tinggi," kata James.
"Tidak mengira jauh perjalanan, berapa banyak perlawanan, tidak mengira berapa banyak duit yang diperoleh, tidak mengira statistik -- dalam profesion ini, pada usia ini, kami masih lagi mampu mendominasi.
"Ini profesionalisme kita, bagaimana kami mendalami sukan ini, bagaimana kami menyerang setiap hari menjadi profesional, ingin menang setiap hari.
"Kami berusaha menyatukan setiap pemain kerana kami memiliki satu tujuan dan ia adalah menang dan menang di peringkat paling tinggi."
James meraih 21 mata, tujuh rebound dan tujuh assist berdepan Celtics, menamatkan dua kekalahan berturut-turut Lakers.

With this victory, @KingJames passes Lakers great Derek Fisher for 8th on the NBA's all-time wins list. #NBAAllStar pic.twitter.com/ZHg66GaFEJ
— Los Angeles Lakers (@Lakers) January 31, 2021