Skip to main content

Sukan Lain

Jalur Gemilang beri makna cukup berharga buat atlet negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bertrand.jpg
Menuju 20 hari sebelum kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-68, tular beberapa video individu yang sengaja mencetuskan provokasi dengan mengibarkan bendera secara terbalik. 

Sebelum ini, tular video berdurasi 21 saat memaparkan seorang lelaki memasang Jalur Gemilang secara terbalik pada sebatang kayu atau besi panjang sebelum mengibarkannya, manakala seorang lagi merakam aksi tersebut.

Penyokong Man United, Arsenal hadir! Jom sama-sama meriahkan Watch Party di Kota Damansara Ahad ini! https://stadiumastro.com/bola-sepak/penyokong-man-united-arsenal-hadir-jom-samasama-meriahkan-watch-party-di-kota-damansara-ahad-ini-293994

Menerusi Nadi Arena, wartawan, Husna Zainudin, ada perinciannya bersama barisan wira dan wirawati negara untuk berkongsi makna Jalur Gemilang buat diri mereka.

"Sebagai atlet negara, Jalur Gemilang menjadi suntikan semangat saya ketika menghadapi kejohanan. Kejayaan yang diraih sambil mengibar bendera ini amat penting," kata atlet taekwondo negara, Norumar Mohd Firdaus.

Olimpian negara, Betrand Rhodict, pula berkongsi, "Apabila kita bertanding di luar negara, saya akan membawa nama Malaysia dan ia telah menjadi sebahagian daripada diri saya."

Advertisement

Must Watch Video