Skip to main content

Sukan Lain

Jaguh lontar peluru negara sedia bersara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adi-alifuddin-hussin.jpg
Pemegang rekod lontar peluru kebangsaan, Adi Alifuddin Hussin, akan mengadakan perbincangan dengan jurulatihnya untuk mengambil keputusan bersara selepas tidak terpilih ke Program Sukan SEA Manila 2019.

Selepas menabur bakti untuk negara selama 13 tahun, Adi hanya selangkah untuk bersara selepas mesyuarat program tersebut pada minggu lalu. 

Dia yang tampil dalam enam edisi Sukan SEA terdahulu, merangkul tiga pingat perak dan satu gangsa selain mencatat rekod kebangsaan dengan lontaran sejauh 17.53 meter yang dilakukannya di Indonesia pada 2011. 

Perkembangan baru ini secara tidak langsung bakal meletakkan Muhammad Ziyad Zolkefli sebagai prospek penggantinya yang terbaik. 

Dalam temasya KL2017 yang lalu, Adi menamatkan saingan di kedudukan keempat, tewas kepada Ziyad yang meraih gangsa biarpun baru pertama kali beraksi dalam temasya dwi-tahunan itu.

Ikuti laporan penuh perkembangan Adi dalam Nadi Arena. 
 

Advertisement

Must Watch Video