Skip to main content

Sukan Lain

Jadikan kes Zamri Salleh sebagai iktibar -- PKBM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

191116-mohd-zamri-salleh.jpg
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengurangkan hukuman penggantungan selama sebulan terhadap pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Salleh, yang akan kembali berlumba pada 1 Januari depan. 

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PKBM mengurangkan hukuman itu selepas menerima rayuan Zamri. 

Pelumba kelahiran Terengganu itu hanya digantung dua bulan, berbanding keputusan asal selama tiga bulan, sekaligus dibenarkan kembali beraksi pada awal tahun depan. 

Cuma, PKBM berharap Zamri dan pelumba lain belajar daripada insiden ini. 

"Apabila anda menandatangani borang lesen dengan PKBM, anda sebenarnya telah mengadakan aku janji untuk menghormati PKBM dan UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa).

"Janganlah mengatakan sesuatu yang boleh menjejaskan reputasi persatuan. 

"Sekiranya ada sebarang perkara berbangkit, bolehlah bawa berbincang dan tidak perlulah meluahkannya dalam media sosial," kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKBM, Datuk Amarjit Singh. 

Zamri digantung selepas mempersoalkan kelewatan badan induk itu membayar wang ganjaran Jelajah Malaysia 2013. 

Hukuman itu menyaksikan Zamri terlepas beberapa perlumbaan, termasuk Jelajah Fuzhou yang sedang berlangsung China. 

Advertisement

Must Watch Video