MOTOGP
Jack Miller yakin YZR-M1 mampu menyinar di Termas de Río Hondo
Penunggang Prima Pramac, Jack Miller mengakui bahawa dia semakin selesa dengan perkembangan terbaharu jentera YZR-M1 sebaik sahaja tamat pusingan pertama perlumbaan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram minggu lalu.
Walaupun tidak menamatkan siri perlumbaan tersebut dalam kelompok sepuluh pelumba terbaik, namun beliau mengakui jentera tersebut telah menunjukkan prestasi yang mantap dari pelbagai sudut termasuk daya pecutan yang dicatatkan.
Justeru beliau optimis kedudukan di Gp Thailand mampu diperbaiki menjelang aksi yang bakal diharungi di litar Termas de Rio Hondo hujung minggu ini pada Gp Argentina.
Iklan
"Litar Termas de Rio Hondo adalah litar yang memiliki tahap cengkaman yang rendah dan ia pastinya bakal memberi kelebihan kepada jentera jenis YZR-M1. Ia pastinya menarik untuk kita saksikan pencapaian jentera itu.
"Saya sentiasa selesa setiap kali beraksi di litar tersebut dan ia memberikan cabaran yang besar kepada pelumba untuk menampilkan kemahiran tertinggi mereka." Jelas Miller.
Pada siri perlumbaan pembukaan yang berlangsung di Thailand hujung minggu lalu, Marc Marquez nyata membuka tirai perlumbaan 2025 dengan bergaya apabila muncul selaku juara bersama jentera dan pasukan terbaharunya Ducati Lenovo.
Manakala Alex Marquez pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan Francesco Bagnaia ketiga.
Manakala Jack Miller pula hanya sekadar menamatkan GP Thailand di tempat ke-11.
Agak malang apabila siri perlumbaan pertama bagi musim 2025 minggu lalu berlangsung tanpa kelibat juara dunia 2024, Jorge Martin yang kini bersama pasukan Aprilia akibat kecederaan yang dialami.
Must-Watch Video