Pemain tenis nombor satu British, Jack Draper kini menghuni ranking kelima dunia selepas mengesahkan kemaraan ke pusingan separuh akhir Kejohanan Terbuka Madrid 2025 selepas tiada masalah menewaskan Matteo Arnaldi dalam aksi straight set 6-0, 6-4.
Juara Indian Wells 2025 ini hanya memerlukan 25 minit sahaja untuk mengesahkan set pertama menjadi miliknya. Namun, di set kedua, pemain ranking ke-44 dunia, Matteo Arnaldi memenangi dua servis pertamanya sebelum Draper mendahului perlawanan 3-2.
Pemain kelahiran Bristish itu akhirnya meraih kemenangan selepas 1 jam 17 minit untuk sekaligus dia memintas ranking pemegang rekod Grand Slam, Novac Djokovic untuk menghuni kedudukan lima teratas dunia.
Draper kini adalah satu-satunya pemain pilihan yang masih kekal dalam Kejohanan Terbuka Madrid dan bakal bertemu pemain kelahiran Itali, Lorenzo Musetti dalam aksi separuh akhir.