SUKAN LAIN

Jack Chang mula lembaran baru

Penulis Jemputan 01/01/2019 | 10:11 MYT
Bekas jaguh wushu negara, Loh Jack Chang, memulakan lembaran baru dalam hidupnya apabila mendapat pekerjaan sebagai jurutera sebuah syarikat swasta selepas meninggalkan skuad kebangsaan secara rasmi hari ini.
Kontrak Jack Chang tamat secara rasmi sebagai atlet negara semalam.
Apa yang membanggakan, bekas juara dunia 2015 acara taijiquan itu berjaya mendapat pekerjaan sebagai jurutera mekanikal walaupun sibuk sebagai atlet negara sejak 13 tahun lalu.
"Saya sudah 13 tahun berkecimpung dalam karier sebagai atlet wushu. Ini merupakan langkah pertama saya menghadapi hidup baru," katanya.
"Malaysia memiliki barisan atlet pelapis yang berkualiti dan saya percaya mereka mampu mencapai ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang."
;