Skip to main content

Sukan Lain

Izzatul Musfirah sedang dipersiapkan jadi pengganti Zaidatul Husniah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzatul-musfirah_1.jpg
Jurulatih skuad olahraga remaja kebangsaan, Amir Izwan Tan, berkata pelari pecut remaja, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, sedang dipersiapkan untuk menjadi ratu pecut negara yang seterusnya.

Menurutnya, prestasi dan kelajuan pelari berusia 17 tahun itu meningkat secara mendadak, sekali gus mampu menjadi sandaran terbaik untuk menjadi pengganti kepada ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli.

"Dengan usianya, saya rasa dalam dua atau tiga tahun lagi, Insya-Allah, Izzatul Musfirah akan berada setaraf sepertimana Zaidatul Husniah kini. Itu jangkaan saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari

Sementara itu, Izzatul Musfirah menjadikan pelari pecut nombor satu negara, Azeem Fahmi, sebagai idola dan inspirasinya untuk mencipta sensasi di pentas antarabangsa.

"Mungkin lain dan pelik tetapi inspirasi saya ialah abang Azeem Fahmi.

"Kerana saya rasa dia cukup seimbang, di mana dia seorang yang seimbang daripada sukan dan pelajaran.

"Dia belajar di Amerika Syarikat dan kini memiliki prestasi yang amat baik, jadi dia merupakan inspirasi dan motivasi buat saya untuk mencontohinya," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video