Kejohanan Boling Padang Kebangsaan 2024 menjadi misi serampang dua mata buat pemain kebangsaan, Izzat Shameer Dzulkeple dan Amirul Danial Abdul Rahim.

Di samping memburu kemenangan untuk menambah koleksi kejuaraan masing-masing, kedua-dua pemain itu tekad menjadikan platform pertandingan tersebut sebagai mempersiapkan diri ke pentas antarabangsa.

Sudah semestinya tumpuan terarah kepada Izzat yang memegang status pemain nombor dua dunia akan membawa cabaran negara dalam Kejohanan Bowl Klasik Antarabangsa di Hong Kong bagi mempertahankan kejuaraan acara pairs lelaki.

"Padang di Hong Kong sangat berbeza kerana permukaanya ialah rumput Cow Grass dan ia berat. Tetapi memasuki persediaan dan latihan, saya perlu menilai semula prestasi saya serta memperbaiki mana yang kurang," katanya.

Sementara itu, Amirul yang merupakan juara Kejohanan Boling Padang MLB Tigers Grand Slam dan pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 akan melakukan debut dalam Kejohanan Dalam Dewan Remaja Dunia, Hong Kong, Disember depan.

"Saya akan terus berlatih memandangkan kejohanan ini juga merupakan persediaan saya dan fokus utama adalah kekalkan konsistensi.

"Siapakah lawan menjadi cabaran bakal berikan saingan hebat buat saya," katanya.