Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.
Menurutnya, ia adalah tindakan individu yang cuba untuk membaling batu sembunyi tangan menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), Ahad ini.
"Kenapa saya nak ugut? Itu bukan kerja saya.
"Apa untung saya berbuat demikian?
"Jika dia (Irfan Shamsuddin) bercakap mewakili pihak ketiga, saya akan berhadapan dengan pihak ketiga.
"Irfan tiada masalah, dia boleh bercakap apa sahaja.
"Saya maafkan dia. Wallahi, Wabillahi, Watallahi saya tak ugut dia," katanya di Nadi Arena.
Shahidan juga berkongsi perkembangan membabitkan namanya yang terpalit dengan saman pemula dikemukakan Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di mana injuksi itu ditolak serta merta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Pada pandangan Hakim, kami tidak cukup tempoh kerana notis singkat.
"Pada pandangan saya juga, tidak boleh ada mana-mana atlet atau jurulatih untuk mengeluarkan kenyataan sebelum 15 Jun.
"Ini adalah pertandingan yang berpegang dengan Perlembagaan Persatuan," tambahnya.