BOLING PADANG
Isu kesihatan mental: Farah Ain wajar terima bantuan sokongan
Pakar psikologi sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rebecca Wong, menegaskan atlet boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah, berhak meminta bantuan Institut Sukan Negara (ISN) susulan menghidapi serangan panik dan kemurungan.
Ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, Farah Ain mendedahkan bahawa dia terpaksa mengambil ubat bagi mengurangkan tekanan tersebut.
Untuk rekod, boling padang tidak diseneraikan dalam program podium sejak 2022 kerana tidak dipertandingan dalam beberapa temasya sukan utama.
Namun, ISN wajar mempertimbangkan beberapa kes terpencil seperti yang dialami Farah Ain berdasarkan sumbangannya mengharumkan nama negara di pentas dunia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia juga menyumbang sesuatu kepada negara. Ketika sedang berjuang untuk negara, mereka diuji dengan masalah kesihatan mental.
"Saya berpendapat mereka layak menerima sokongan dan rawatan.
"Berkenaan Farah Ain, perbincangan dua hala perlu dilakukan bagi membantu dirinya mendapatkan susulan lanjut," katanya di Nadi Arena.
Dr. Rebecca Wong turut memuji keberanian Farah Ain berkongsi perkara yang masih dianggap memalukan di Malaysia.