HOKI
Isu kemelut KLHA: Tolong hormat perlembagaan -- PJS
'Tolong hormat perlembagaan', peringatan itu disuarakan Pesuruhjaya Sukan berhubung kemelut dalaman yang melanda Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) ketika Mesyuarat Agung Tahunan.
Pertelingkahan dan drama membabitkan penyandang presiden, I. Vikneswaran dan Datuk Seri Megat D. Shahriman membawa kepada pembatalan AGM tersebut.
Dan perkara itu mendapat maklum balas Menteri Belia dan Sukan serta Pesuruhjaya Sukan.
Difahamkan sesi pemilihan jawatankuasa penggal baru KLHA harus diselesaikan sebelum 31 Mac 2025.
Kemelut dan perbalahan antara dua kem dalam badan induk itu disarankan untuk mencari jalan pendamaian dalam masa terdekat.
Andai senario itu tidak berlaku, PJS akan melaksanakan proses mengikut perlembagaan dalam mencari solusi terbaik demi kepentingan KLHA.
PJS berpandukan seksyen 23 akta pembangunan sukan 1997, untuk menyelesaikan kemelut dalaman ini.