RENANG
Isu gangguan seksual: Status terkini aduan salahlaku jurulatih para renang
Majlis Sukan Negara (MSN) ingin memaklumkan mengenai status terkini dakwaan aduan salahlaku seksual membabitkan jurulatih para renang yang dilaporkan media massa sebelum ini.
MSN mengesahkan siasatan telah dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak PDRM, pada 26 Mac 2024, memaklumkan kepada MSN bahawa kes ini diklasifikasikan sebagai ‘No Further Action’ (Tiada Tindakan Lanjut) kerana tiada bukti yang menyokong dakwaan berkenaan.
MSN, menerusi Jawatankuasa Salah Laku dan Perlindungan Dalam Sukan (JSPS), juga telah menjalankan siasatan teliti, termasuklah menemubual pelbagai pihak yang berkaitan.
Iklan
Hasil penelitian hasil siasatan, MSN menerusi cadangan yang diberikan JSPS, juga mendapati tiada sebarang asas atau saksi untuk menyokong dakwaan salah laku berkenaan.
Sehubungan itu, MSN memutuskan supaya jurulatih berkenaan diberikan semula tanggungjawab melatih perenang-perenang para negara yang sedang bersiap untuk temasya Sukan Paralimpik Paris dalam tempoh terdekat ini.
MSN sentiasa berusaha memastikan persekitaran selamat kepada semua pihak yang terbabit dalam program latihan kendalian MSN dan tidak pernah memandang ringan manamana aduan salah laku yang dikemukakan.
MSN juga memiliki prosedur aduan dan siasatan yang menyeluruh serta telus, termasuk keutamaan melindungi privasi dan kerahsiaan semua pihak yang terlibat dalam mana-mana siasatan yang dijalankan.
Sehubungan itu, MSN berharap semua pihak, termasuk media massa, memahami bahawa kesejahteraan mental dan fizikal atlet-atlet para sentiasa menjadi keutamaan MSN. Hak dan keperluan atlet-atlet para ini perlu dijaga dan MSN sentiasa sedia mengambil tindakan perlu demi membantu menangani spekulasi dan laporan tidak tepat yang menjejaskan mereka.
Laporan penuh di Stadium Astro dan Nadi Weekend 7.00 malam ini!
Must-Watch Video