Skip to main content

Sukan Lain

Isu AGM ASUM: Zainal tuntut jawapan PJS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zainal.jpg
Presiden Persatuan Renang Negeri Sembilan (PRNS), Zainal Othman, menuntut jawapan Pesuruhjaya Sukan (PJS) selepas mendakwa wujud tangan ghaib ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), bulan lalu.

PRNS sudah menghantar surat aduan kepada Pejabat PJS memaklumkan mengenai kehadiran beberapa individu yang bukan lagi ahli turut mengundi dalam AGM ASUM, bulan lalu.

Ia melanggar peraturan AGM yang menyaksikan Datuk Seri Shahidan Kassim menang tanpa bertanding.

"Saya mahu penjelasan daripada PJS kerana mereka bertanggungjawab untuk membuat keputusan mengenai kehadiran individu dalam AGM yang terbaru ini," katanya.

AGM ASUM menyaksikan Shahidan menang tanpa bertanding sambil skuad renang dan terjun negara sedang sibuk membuat persiapan menghadapi Kejohanan Dunia di Gwangju, Korea Selatan, bermula Jumaat depan.

Advertisement

Must Watch Video