Skip to main content

Sepak Takraw

ISTAF iktiraf pelantikan PSM, mahu Malaysia anjur lagi Piala Dunia sepak takraw 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psm.jpg
Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada naib presiden, Datuk Sumali Reduan, yang menyambung perkhidmatannya untuk penggal baharu 2025 hingga 2028 selaku Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) selepas menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM, semalam.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Abdul Halim Kader, ISTAF memuji kredibiliti yang dimiliki Sumali yang telah menerajui pelbagai inisiatif bagi mengangkat martabat sukan itu di Malaysia.

National Sepak Takraw Development Program (NSTDP) mendapat sokongan Kerajaan Malaysia merupakan usaha Sumali demi melahirkan ramai pelapis kebangsaan di peringkat antarabangsa. 




Selain itu, di bawah kepimpinannya, Malaysia berjaya menganjurkan dua kejohanan berprestij iaitu Piala Dunia ISTAF 2024 dan Piala Asia ASTAF 2025 di Stadium Tertutup Titiwangsa.

Tambahnya: "Saya amat mengesyorkan Suruhanjaya Pemilihan ISTAF supaya hak penganjuran Piala Dunia ISTAF 2026 melibatkan pasukan lelaki dan wanita diberikan kepada Malaysia sebagai tuan rumah. 

Advertisement

Must Watch Video