Skip to main content

Sukan Lain

ISN umum Dr. Vellapandian dilantik sebagai CEO baharu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

isn-new-ceo.jpg
Institut Sukan Negara (ISN) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISN yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Dr. Vellapandian dilantik bagi menggantikan En. Ahmad Faedzal Bin Md Ramli yang menamatkan perkhidmatan pada 24 Februari 2025.



Dr. Vellapandian membawa pengalaman lebih dua dekad dalam bidang sains sukan, psikologi sukan, penyelidikan dan pembangunan prestasi atlet.

Sebelum pelantikan ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), serta pernah menyandang pelbagai jawatan penting di ISN termasuk Pengarah Bahagian Prestasi Sukan dan Ketua Program Podium.

Dengan latar belakang akademik yang kukuh, beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Psikologi Sukan dari University of Western Australia, serta ijazah sarjana dan sarjana muda dalam sains sukan dari universiti tempatan. 

Kepakaran beliau dalam pembangunan atlet berprestasi tinggi, psikologi sukan, serta pengurusan program sukan elit diyakini akan memacu ISN ke tahap yang lebih tinggi dalam menyokong kecemerlangan sukan negara.

ISN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Vellapandian atas pelantikan ini dan percaya kepimpinannya akan membawa transformasi strategik dalam bidang sains sukan, teknologi prestasi dan inovasi sukan Malaysia.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video