Skip to main content

Sukan Lain

ISN selidik dakwaan Brooker tentang penyelewengan dana

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ahmad-faedzal-md-ramli-isn.jpg
Ketua Pengarah Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli, akan mengkaji semula dakwaan bekas jurulatih terjun negara, Christian Brooker, yang mendedahkan amalan tidak telus itu. 

Ahmad Faedzal tidak melihat sebarang masalah mengenai peralatan dan kemudahan yang disediakan buat barisan atlet negara sejak hampir tiga tahun bersama ISN. 

Brooker menuntut ISN agar menjelaskan kualiti peralatan murah yang disediakan dalam satu komen di laman media sosial dan percaya ada penyelewengan dalam soal peruntukan. 

Jurulatih dari Australia itu, yang tidak lagi bersama skuad negara sejak September lalu,  juga menyatakan ISN tidak pernah meminta cadangan mengenai keperluan jurulatih atau atlet dan hanya mahu dilihat mempunyai kemudahan terbaik di pandangan orang luar. 

"Saya perlu selidik dulu asas Christian Brooker dalam membuat kenyataan tersebut, saya anggap ia sekadar satu bentuk kenyataan sahaja. 

"Saya di peringkat dalaman percaya ISN sentiasa amalkan nilai dan SOP (prosedur operasi standard) yang telus. Saya perlu selidik dahulu untuk pastikan perkara ini tidak berlaku," katanya di Nadi Arena sebentar taid. 

Sementara itu, Ahmad Faedzal turut menjelaskan bahawa atlet yang sedang menjalani rawatan di ISN tetapi telah digugurkan daripada program kebangsaan seperti pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, masih boleh meneruskan rawatan. 

"Kami masih membantu daripada segi pengurusan kecederaan untuk pulih. Mula-mula kami ambil masa enam bulan dan sekiranya mereka digugurkan, mereka masih boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan sukan di ISN untuk pastikan mereka dapat lalui proses pemulihan yang teratur seterusnya kembali menunjukkan kemampuan sebenar," katanya lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video