Skip to main content

Sukan Lain

ISN mahu bawa ADAMAS kembali ke Bukit Jalil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

isnadamas.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli, mengesahkan rundingan sedang dijalankan untuk Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) kembali bernaung di bawah ISN dengan mesyuarat khas akan diadakan, Isnin ini.

ADAMAS pernah bernaung di bawah ISN apabila ditubuhkan pada 2007.

Bagaimanapun, ADAMAS berpindah ke Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya pada 2016 bagi memastikan mereka tidak terikat dengan mana-mana pihak ketika menjalankan ujian doping.

Selepas tiga tahun, wujud cadangan untuk memindahkan kembali ADAMAS ke Bukit Jalil bagi melancarkan proses ujian doping selain mengurangkan kos operasi.

"Ekosistem sukan itu sendiri kerana atlet Malaysia banyak berurusan di Insitut Sukan Negara. Keperluan ADAMAS berada di Bukit Jalil adalah melancarkan urusan mereka bersama kami," kata Faedzal.

ADAMAS belum mendapat keseluruhan peruntukan untuk menjalankan ujian doping tahun ini.

Begitupun, beberapa atlet sudah diuji, termasuk yang menyertai Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 selaku kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Perkara paling penting adalah kebebasan beroperasi diperoleh ADAMAS untuk ditunjukkan kepada pihak Agensi Anti Doping Dunia (WADA) bagi membuktikan tiada pihak yang masuk campur dalam urusan mereka," jelasnya.

Advertisement

Must Watch Video