SUKAN LAIN

ISG: Skuad recurve negara langkah kanan

Ammar Hakim 15/08/2022 | 09:11 MYT
Skuad memanah recurve negara memulakan saingan kalah mati dengan langkah kanan menerusi kemenangan buat ketiga-tiga wakil perseorangan lelaki saingan Sukan Solidariti Islam (ISG), hari ini.
Bermula dengan Bryson Ting, yang mempamerkan panahan berkesan untuk mudah meraih kemenangan 6-0 ke atas Azerbaijan.
"Walaupun menang, terdapat peningkatan yang diperlukan dan ia akan diterjemahkan dalam aksi seterusnya," kata Bryson.
Turut meneruskan kemaraan adalah Fitri Yusuf dan Firdaus Rusmadi selepas masing-masing menoktahkan kemenangan ke atas lawan dari negara Chad.
#memanah #ISG
;