Skip to main content

Sukan Lain

ISG: Skuad memanah compound lelaki belum cukup serasi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

juwaidi.jpg
Skuad memanah compound lelaki negara masih berdepan masalah keserasian menjelang Sukan Perpaduan Islam (ISG) di Turki bermula Selasa depan.

Ini kerana pasukan itu perlu melakukan beberapa penyesuaian dengan kehadiran pemanah baru dari Sabah, iaitu Eugenius Loh, yang akan membuat penampilan sulung di peringkat antarabangsa.

Justeru, dua pemanah senior, Juwaidi Mazuki dan Alang Arif Aqil Ghazali, tidak meletakkan sebarang sasaran dalam acara berpasukan, sebaliknya hanya meletakkan misi peribadi dalam saingan individu.

Juwaidi berkata kepada wartawan Astro Arena, Yeoh Pek Xian: "Kami hanya dapat melakukan satu sesi sahaja, jadi minggu depan, harap-harap akan ada perubahan baik daripada segi jangkaannya sewaktu di atas garisan memanah.

"Kerana dia pemanah paling muda dan kali pertama menyertai skuad kebangsaan, jadi dia mungkin agak malu-malu untuk mempamerkan prestasi.

"Bukannya kami mahu mengabaikan acara berpasukan, jika ada peluang untuk kami beraksi baik, mungkin ada sesuatu yang boleh dicapai kami seperti kedudukan podium."

 

Advertisement

Must Watch Video