SUKAN LAIN

ISG: Juwaidi tuai emas kedua

Stadium Astro
Ammar Hakim
18/08/2022
09:19 MYT
Sponsor Banner
ISG: Juwaidi tuai emas kedua
Pemanah berpengalaman compound negara, Mohd Juwaidi Mazuki, membuktikan dirinya sememangnya layak digelar 'mesin pencetak pingat' susulan tuaian dua pingat emas dan satu gangsa di temasya Sukan Solidariti Islam (ISG) sekaligus mengekalkan rekod 100 peratus kedudukan podium seperti yang dilakukannya di Sukan SEA Hanoi yang lalu.
Panahan emas Juwaidi berpaksikan merekodkan tiga perfect score daripada keseluruhan lima end untuk menewaskan Mohammadsaleh Palizban 148-137 sekaligus muncul atlet paling cemerlang kontinjen negara.
Terdahulu, sensasi luar biasa Juwaidi pada penampilan pertama Sukan Solidairiti Islam(ISG) membuktikan panahannya terus mengena sasaran dengan jadi watak utama kejayaan skuad berpasukan campuran compound negara meraih pingat gangsa.
Keserasian yang terjalin bersama pemanah pelapis, Nur Aina Yasmine Halim, membawa kepada kisah bagaimana kejayaan ini memberi impak positif buat Nur Aina khususnya.
Seringkali tidak mendapat tempat di dalam skuad negara di samping kejatuhan prestasi menjadi faktor utama untuk pemanah berusia 26 tahun itu mahu bersara di awal usia.
Namun segalanya berubah sama sekali susulan kemenangan ke atas gandingan utama Indonesia, Hendika Pratama Putra-Ratih Zilizati Fadhly 153 berbalas 152 mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video