Atlet terpantas negara kategori penuh di Ironman Langkawi edisi 2017, 2019 dan 2022, Shahrom Abdullah, kembali menyertai tahun ini namun dalam acara berbeza iaitu Ironman 70.3 di Pulau Langkawi, hari ini.
Meskipun hadir membawa hasrat memperbaharui rekod peribadi 4 jam 15 minit yang diciptanya pada 15 tahun lalu, Shahrom buktikan takhta wakil Malaysia terpantas terus menjadi miliknya.
Walaupun kejuaraan yang diraih dengan catatan masa 4 jam 42 minit 31s (saat) tidak melunaskan hasrat tersebut, dia tetap berbangga dengan prestasinya secara keseluruhan apabila masih mampu beraksi cemerlang walaupun umurnya kini sudah mencecah 46 tahun.
"Sebelum ini memang saya sasarkan buat catatan masa terbaik meskipun rekod itu sudah 15 tahun lalu.
"Saya mahu cuba dengan usia berlainan, saya bersyukur dapat bersaing." katanya.

Nike BIG Discount
Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat