SUKAN LAIN
Ironman Langkawi: Syed Saddiq habiskan larian di sebalik kemalangan berbasikal
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menghabiskan lariannya dalam Ironman Malaysia di Langkawi sebentar tadi.
Syed Saddiq yang ditimpa malang dalam disiplin berbasikal yang membabitkan laluan sejauh 180km apabila terlanggar dahan pokok yang jatuh di atas jalan raya.
Sebaik melintasi garisan, ahli parlimen Muar itu yang baru selesai melakukan sujud syukur diberikan rawatan akibat kekejangan otot.
Iklan
Selepas dugaan menimpa di pertengahan perlumbaan, akhirnya YB Muar, Syed Saddiq lintasi garisan penamat Ironman 2024 untuk FULL IRONMAN pertamanya! ?@ASTROARENA @SyedSaddiq #astroarena #nadiarena #ironman2024 pic.twitter.com/tq2f5EE7cz— Kamal Nizam (@kamalnizamm) October 12, 2024
Must-Watch Video